Monday, 28 May 2012

I'm a Jumper (Kawarau Bridge - First World Bungy)


Tak lengkap rasanya kalau tak try Bungy Jump bila kita dah sampai New Zealand. Kawarau Bridge Bungy di Queenstown dan juga tempat terjunan Bungy komersial pertama di dunia setinggi 43 meter (lebih kurang bangunan 18 tingkat). Satu-satunya tempat yang ada Tendem Bungy (Terjun berpasangan). Harga terjunan NZD 180 dan setiap penerjun akan dapat sehelai t-shirt, sijil dan cenderamata. Pengalaman yg menakjubkan dan rugi kalau tak cuba. Alang-alang dah sampai, terjun je lah...


List harga untuk terjunan bungy...
/


List penyakit yg kena maklum pada petugas...(Bro Zaid, pinjam gambar 2 keping ye)

Sebelum nak terjun, berat badan kena timbang dulu di kaunter dan kena bagitau petugas sekiranya kita ada sebarang penyakit yang disenaraikan (ada 13 jenis penyakit dalam list tu).


Rekod Terjunan :

Budak paling muda terjun : 10 tahun
Orang paling tua terjun : 94 tahun
Terjunan paling ringan : 35 kg
Terjunan paling berat : 235 kg



Dah siap-siap dipasang tali keselamatan, punya la excited nak terjun. Tapi bila dah berdiri kat tebing tu, tetibe berderau darah...hahaha, betul ke ape aku nak buat ni...










No comments:

Post a Comment