Tuesday, 30 May 2017

5 KISAH PELAJAR GENIUS MALAYSIA YANG BERAKHIR DENGAN KEKECEWAAN



May 28, 2017
Ingat tak masa Tun Mahathir lancarkan wawasan 2020, masa admin kecik-kecik dulu memang selalulah bayangkan yang tahun 2020 nanti kat Malaysia dah ada kereta terbang, rumah atas awan dan banyak lagilah benda-benda yang canggih. Tapi sekarang, macam mustahil je benda itu semua nak berlaku, apatah lagi 2020 tinggal tiga tahun je kita nak capai.
Kalau nak maju, Malaysia sebenarnya kena ada ramai jurutera, ahli akademik dan golongan bijak pandai yang lain. Lagi bagus bila sesebuah negara ada penduduknya yang genius sebabnya mereka ni boleh dianggap sebagai pemangkin kepada evolusi dan inovasi manusia seperti apa yang dilakukan oleh Isaac NewtonAlbert Einstein dan Stephen Hawking.
Kalau korang nak tahu, Malaysia pun ada je golongan genius ini, tapi entah di mana silapnya, ada dalam kalangan dorang yang sampai jadi pelacur, kena penjara dan menagih dadah. Hari ini SOSCILI nak ceritakan tentang nasib pelajar-pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dahulu.

1. Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terjebak dalam kancah pelacuran

Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun.

Sufiah Yusuf dan keluarganya mendapat liputan media yang luar biasa pada masa tersebut. Sumber dari Utusan Malaysia
Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.
Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.
Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

Sufiah pernah terjebak ke kancah pelacuran selepas dua kali agal menamatkan pengajian. Sumber dari khirkhalid.com
Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.
Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacuran akibat daripada kesempitan hidupnya.
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
Melalui temuramahnya dengan program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.

Inilah gambar terbaru Sufiah Yusuf ketika ditemuramah oleh TV3. Sumber dari Youtube.com

2. Shukri Hadafi: Profesor Ungku Aziz sampai ambik budak ini jadi anak angkat

Kisah Shukri ini pernah menggemparkan negara pada tahun 1976 apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ni dah pandai baca surat khabar. Kira hebat jugaklah budak ini sebab kebiasaanya kanak-kanak umur 3 tahun masa tu sibuk main “Polis entry one two jaga” belakang rumah.
Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

Disebabkan kepandaian Shukri, Profesor Ungku Azizi ambil dia jadi anak angkat. Sumber dari 4.bp.blogspot.com
Bukan setakat itu je, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.
Kegemilangan dan populariti yang Shukri kecapi telah membuatkan dia lupa dan hanyut ketika zaman remaja. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.
Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai dan ada jugak berita kami jumpa mendakwa dia terjebak dengan najis dadah sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.

Kenangan allahyarham Jins Shamsuddin dan Shukri Hadafi dalam filem Menanti Hari Esok Sumber dari harithsidek.blogspot

3. Chiang Ti Ming: Genius yang menghadapi tekanan hidup.

Kalau korang suka layan cerita “Big Bang Theory” mesti korang kenal dengan Dr Sheldon Cooper, seorang genius dekat California Institute of Technology (CalTech). Tapi kalau korang nak tahu, Malaysia lagi hebat sebenarnya sebab Chiang Ti Ming, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya memasuki CalTech pada usia 15 tahun pada 1989.
Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. Memang Mat Salleh kat sana pun tak boleh lawan dengan kepandaian budak Malaysia ini.

Dr Sheldon Cooper dari drama popular BigBang Theory. Sumber dari sciencewritingblog
Tak macam admin yang pakai PTPTN untuk belajar, Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.
Tapi bukan senang jadi genius sebenarnya, walaupun Chiang Ti Ming berjaya menghabiskan pembelajaranya sampai peringkat PhD, dia juga telah mengalami masalah kemurungan dan tekanan jiwa yang teruk sampaikan dia dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.
Akhirnya pada tanggal 6 Januari 2007, dia telah meninggal dunia di Seremban pada usia mencecah 33 tahun.

Walaupun cerita ini sudah 10 tahun berlalu, penyebab sebenar kematian beliau tidak pernah didedahlan kepada umum. Sumber dari The Star.com

4. Nur Fitri Azmeer Nordin: Dipenjara sebab simpan 30,000 gambar lucah kanak-kanak

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.
Nur Fitri Azmeer Nordin merupakan pelajar tahun ketiga di Imperial College London ketika dia ditangkap. Akhirnya Fitri sendiri mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di hadapan Makahmah Southwark Crown, termasuk dua tuduhan mengambil gambar lucah kanak-kanak dan empat pertuduhan memiliki imej tersebut dengan niat untuk mengedarkanya.

Sumber dari stylosay.blogspot
SOSCILI pernah cover tentang bahaya Pedophile dalam kalangan masyarakat Malaysia kat artikel sebelum ini. Tapi yang peliknya, menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pesalah ini.
Malahan dorang sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukuman penjara dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.
Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penjara sebelum dibebaskan. Bagaimana kesudahan kisah pelajar ini sama-samalah kita nantikan bila dia balik Malaysia nanti.

MARA bercadang untuk bagi Nur Fitri peluang ke dua belajar di Malaysia dengan biasiswa. Sumber dari astroawani.com

5. Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.
Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Adi Putra dengan bukunya Seni Matematik Islam. Sumber dari pahangdaily.blogspot.my
Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara.
Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.

Inilah rupa Adi Putra sekarang. Sumber dari suara.tv
Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.

Memang beginikah nasib bila jadi genius dekat Malaysia?

Bukan semua pelajar genius dekat Malaysia ini menerima nasib yang malang. Ada juga dalam kalangan dorang yang berjaya di dalam kehidupan dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Sumbangan Hafizah Noor Isa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang gravity dan Nur Adlyka Ainul Annuar dalam kajianya tentang “active supermassive black holes” bersama National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuktikan yang Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan pelajar berkualiti tinggi dan bertaraf global.

Hafizah Noor Isa (atas) dan Nur Adlyka Ainul Annuar (bawah) merupakan pelajar genius Malaysia yang berjaya. Sumber dari pressreader.com dsn youtube.com.
Ini membuatkan kami terfikir, apa beza antara Hafizah dan Adlyka dengan pelajar-pelajar genius di atas? Apa yang kami perasan adalah kebanyakan pelajar genius tadi jadi femes pada usia yang sangat muda. Mungkinkah disebabkan harapan yang terlalu tinggi daripada masyarakat membuatkan mereka tertekan? Mungkinkah mereka kehilangan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh orang lain?
Apa pun, kami harapkan kes-kes seperti yang terkandung dalam artikel ini dapat dikurangkan. Kita sebagai masyarakat termasuklah ibu-bapa, guru, kerajaan, termasuklah orang sekeliling perlulah memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada mereka.

EKONOMI

KITA SELALU NAMPAK ‘SOCSO’ DALAM SLIP GAJI. TAPI APA SEBENARNYA BENDALAH NI?

May 27, 2017
This article has been translated from CILISOS.
Masa majlis Hari Pekerja tahun ni, kerajaan mengumumkan yang diorang akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk SOSCO atau PERKESO untuk tahun 2018, yang pada mulanya cumalah RM52 juta pada awal tahun ni. Apa benda yang PERKESO buat dengan duit kita? Apa benda PERKESO ni sendiri sebenarnya?

PM Najib berucap masa Majlis Hari Pekerja 2017. Imej dari Astro Awani
SOCSO adalah SOCial Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.
Semua majikan juga sepatutnya mendaftarkan para pekerja dan syarikat mereka di bawah PERKESO. Pekerja berdaftar juga perlu membuat bayaran kecil untuk PERKESO apabila mereka mendapat gaji mereka, iaitu di antara 1-3% daripada gaji. Ianya bergantung kepada berapa banyak gaji masing-masing, dan juga skim apa yang diorang daftarkan. Kalau tak percaya, semak la slip gaji korang, korang akan perasan ada SOCSO.
Pekerja yang berumur 60 tahun kebawah biasanya perlu menyumbang untuk kedua-dua Skim Bencana Pekerjaan dan Skim KeilatanManakala pekerja yang berumur lebih 60 tahun pulak kena menyumbang untuk Skim Ilat je.
Skim Bencana Pekerjaan adalah perlindungan insurans disebabkan kemalangan atau suatu penyakit yang terhad masa seseorang perkerja tu menjalankan pekerjaan mereka.
Skim Keilatan pula ialah bila seseorang pekerja tu mengalami sejenis keuzuran yang berkekalan. Samada diorang ni tak boleh atau tak mungkin diubati, dan juga kalau dorang tak berupaya untuk mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaga mereka.
Kalau majikan tak daftar PERKESO untuk syarikat atau tak buat sumbangan untuk pekerja, diorang boleh dikenakan denda, dan boleh dipenjarakan!

Kalau tak carumkan untuk pekerja, pergi penjara!
Mungkin sebenarnya ramai je antara korang yang tahu pasal PERKESO ni, cuma korang tak tahu lebih mendalam pasal faedah atau manfaat yang korang boleh dapat. Jadi, ni antara LIMA faedah yang korang BERHAK dapatkan!

1. Korang layak dapat bantuan kewangan kalau korang jadi penganggur sementara

Nak cari kerja kat Malaysia ni bukan senang. Selalunya bila kita apply kat mana-mana syarikat, dorang tak reply pun balik samada permohonan kita ditolak lebih-lebih lagi kalau kita apply secara online.
Sesetengah orang tu ambik masa dalam beberapa bulan dan kadang-kadang bertahun untuk dapatkan kerja. Bila jadi penganggur pula, takde pendapatan tetap untuk sara diri dan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau korang ada sara dan jaga orang lain macam mak ayah, anak-anak, atau pasangan.
Salah satu faedah yang disebutkan masa Majlis Hari Pekerja ialah kalau korang kehilangan kerja, PERKESO akan bagi sokongan dari segi kewangan untuk masa yang tertentu sementara korang jadi penganggur dan tengah cari kerja. 
Manfaat ni dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang masih lagi digubal oleh PERKESO.
Walaupun belum dilaksanakan lagi, nampaknya ia satu idea yang bagus sebab bukan korang je yang akan dibantu, tapi sesiapa yang korang sara pun akan ditanggung sama.
Organisasi ni juga akan menyediakan perkhidmatan pekerjaan lain contohnya macam diorang akan tolong korang cari kerja, bagi bimbingan kerjaya dan kaunseling, dan juga menyediakan latihan yang korang perlukan untuk kerja korang yang seterusnya.
Kitorang ada hubungi PERKESO untuk tanya kalau manfaat ni hanya untuk pekerja yang dipecat atau untuk pekerja-pekerja yang secara sukarela meletak jawatan daripada pekerjaan diorang:
“SIP ni masih dalam proses penggubalan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan. PERKESO akan mengumumkan melalui media massa mengenai kriteria dan kelayakan di bawah skim ini sebaik sahaja ia dilaksanakan. “- PERKESO semasa dihubungi melalui e-mel
Jadi nampaknya kita kena tunggu tahun depan barulah kita boleh tahu lebih lanjut pasal SIP ni. Ok la tu daripada takde kan?

2. Korang juga boleh dapatkan manfaat rawatan perubatan dan kecederaan secara percuma kalau korang terlibat dalam kemalangan berkaitan kerja

Sebagai contoh, kalau korang tengah jalan pergi mamak untuk lunch. Tiba-tiba, ada orang naik basikal laju-laju, lepas tu korang kena langgar dan tengok-tengok korang kena concussion (gegaran otak, lebih kurang). PERKESO akan bagi rawatan perubatan PERCUMA di mana-mana klinik panel berdaftar. Ini senarai penuh klinik PERKESO disusun mengikut negeri, korang boleh tengok KAT SINI!

Korang tak boleh claim kalau korang buat macam ni ok?
Dikenali sebagai Skim Bencana Pekerjaan, skim ni membolehkan korang buat tuntutan untuk pembayaran dan rawatan perubatan percuma. Korang juga boleh buat tuntutan kalau korang tercedera dalam apa-apa jenis kemalangan. Sama ada di tempat kerja sendiri atau di mana-mana perjalanan melibatkan kerja yang berkaitan, seperti:
  • antara rumah ke tempat kerja
  • mana-mana perjalanan yang korang buat dan melibatkan kerja (jumpa klien, buat penghantaran, dll)
  • antara tempat kerja korang, ke tempat korang nak pergi makan masa lunch break
Kalau ada mana-mana kemalangan macam ni berlaku, korang dan majikan korang sendiri kena isi beberapa borang, buat salinan IC dan kehadiran kerja korang, sediakan butir-butir kemalangan dan hantar terus kat PERKESO. Bila PERKESO periksa detail kes korang, barulah diorang akan bagi pampasan yang sepatutnya berdasarkan kecederaan yang korang alami.
Ni apa yang PERKESO bagitau pasal tuntutan…
“… pekerja layak untuk mendapatkan rawatan secara percuma di panel PERKESO tetapi majikan/pekerja diminta untuk membuat pembayaran dulu, dan menerima balik bayaran daripada PERKESO menggunakan borang BGB (Bayaran Ganti Belanja) .” – PERKESO masa dihubungi melalui e-mel.
Maksudnya, korang kena guna duit sendiri dulu baru boleh claim dengan PERKESO.
Selain tu juga, kalau korang menghidap apa-apa penyakit disebabkan pekerjaan korang, skim ni ada sediakan Faedah Hilang Upaya bergantung kepada berapa teruknya keadaan korang. Sebagai contoh, kalau pelombong mengalami kerosakan paru-paru kekal akibat arang batu dan debu, PERKESO akan bayar diorang dengan kadar sehingga 90% daripada pendapatan harian mereka!
Manfaat Keupayaan ni meliputi pelbagai jenis penyakit macam kehilangan pendengaran, strok haba, atau kanser – benda ni cover kalau korang dapat penyakit ni disebabkan persekitaran kerja korang.

3. Keluarga korang akan dapat duit kalau korang meninggal dunia

Malang memang tak berbau. Kalau korang meninggal dunia awal (nauzubillah), samada sebab kecederaan berkaitan dengan kerja atau tidak, keluarga korang akan dibayar sebanyak RM1,500 maksimum  bagi pengebumian dan pembayaran bantuan kewangan biasa! Ianya dikenali sebagai Manfaat Pengkebumian dan Pencen Penakat (Survivors’ Pension), yang kedua-duanya dibawah Skim Ilat.

Kawan kitorang pernah tulis pasal berapa kos pengkebumian di Malaysia
Nak bagi duit kat orang, bukan boleh bagi macam tu je. Dah tentu la ada beberapa Terma & Syaratnya. Sebagai contoh, jika si mati meninggalkan suami atau isteri, pasangan dorang akan menerima 60% daripada pendapatan harian si mati sepanjang hayat dia.
Sebaliknya, kalau si mati takde pasangan atau anak-anak, adik-beradik diorang yang akan terima sebanyak 30% daripada pendapatan setiap hari diorang, sampailah diorang berumur 21 tahun atau sampai diorang berkahwin, tengok la mana dulu.
Dalam berita baru-baru ini, seorang janda, Lam Kun Tai telah diberikan pencen penakat walaupun perkahwinan dia dulu tak didaftarkan di bawah undang-undang sivil! Sebenarnya, dorang berkahwin melalui perkahwinan adat Cina pada tahun 1991, jadi sebab tu la perkahwinan dorang tu tak didaftarkan secara sah.
Masa dia mula-mula buat tuntutan, pencen suami dia hanya diberikan kepada anak-anak diorang. Tapi lepas kes tu dibawa ke Mahkamah Tinggi, hakim memutuskan yang Lam Kun Tai berhak dapat Pencen Penakat tu (SOCSO’s Survivors’ Pension.)
Berikut adalah apa yang peguam Lam, iaitu G. Manimegalai kata pasal keputusan kes tu:
“Ini adalah perkara yang pertama seumpamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuntutan insurans Perkeso jika perkahwinan mengikut adat diiktiraf” – G. Manimegalai, peguam dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, yang diambil dari The Star
Selain itu, Skim Ilat juga meliputi pekerja yang tak boleh bekerja dengan baik disebabkan penyakit yang tak berkaitan dengan kerja macam asma, penyakit mental, atau kegagalan buah pinggang yang membolehkan diorang untuk terima manfaat untuk rawatan diorang (Pencen Ilat) .
Dalam beberapa kes berlainan, PERKESO juga menyediakan rawatan dialisis percuma di pusat-pusat dialisis PERKESO berdaftar (klik sini untuk semua pusat dialisis berdaftar oleh kerajaan).
Dorang juga ada menyediakan fisioterapi percuma dan pembedahan rekonstruktif, serta membekalkan prostetik, alat bantu berjalan, kerusi roda dan alat bantuan pendengaran dibawah perkhidmatan perubatan lain.

National Kidney Foundation di Malaysia. Imej dari Berjaya Group
Walau bagaimanapun, istilah Skim Ilat secara  keseluruhannya cuma boleh digunapakai untuk pekerja-pekerja di bawah umur 60 tahun. Maksudnya, Manfaat Pengebumian, Pencen Penakat dan Pencen Ilat semua khusus untuk orang di bawah 60 tahun je.

4. Pekerja yang bekerja sendiri macam pemandu Grab juga boleh mendapatkan skim insurans


Imej dari NST
Ye betul! Kalau korang kerja sendiri macam pemandu Grab dan Uber, korang juga layak untuk dapatkan skim insuran ni. Skim baru ni akan bermula pada 1 Jun 2017, untuk membantu lebih 100,000 pemandu teksi serta orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan e-hailing. Sekarang ni fokus dia cuma untuk kumpulan pemandu dengan nama rancangan: Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri.
Kemalangan jalan raya ni memang selalu berlaku kat Malaysia. Malah masa tahun 2016 je, terdapat lebih 500,000 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan lebih 7,000 kematianyang merupakan statistik tertinggi di Malaysia. Sebab tu la PERKESO mengiktiraf risiko ni dan laksanakan skim untuk pemandu yang tak mempunyai pekerjaan di bawah mana-mana syarikat.
Jadi, kalau korang belum mendaftar lagi, jangan lupa untuk berdaftar dengan PERKESO supaya korang juga boleh dapat manfaat ni macam pekerja awam lain.
“Buat masa ni, cuma pemandu teksi, Uber dan Grabcar je yang dilindungi dibawah Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri.”- balas SOCSO melalui e-mel

Skim ni teksi, Grabcar dengan Uber semua setuju. Imej dari redwiretimes.com
PM Najib juga ada sebut yang kerajaan tengah mempertimbangkan untuk memperluaskan liputan ni kepada pekerja yang bekerja sendiri di bidang-bidang lain seperti pertanian, perikanan, gerai pemilikan kopitiam  dan juga seni! Jadi, tunggu je la pengumuman diorang nanti.

5. Pelajar yang berdaftar dengan PERKESO juga layak untuk mendapatkan pinjaman pelajaran

Mesti ramai antara korang terkejut bila dapat tahu pasal ni kan? Mesti korang ingat PERKESO ni hanya untuk pekerja je. Sebenarnya, pelajar yang bekerja juga layak dapat pinjaman pelajaran kalau dah terima tawaran untuk Diploma atau untuk Ijazah pertama di universiti tempatan.
Korang boleh dapatkan bantuan untuk yuran, tapi untuk umur 21 tahun ke bawah je tau. Manfaat Pelajaran ni akan bantu korang sedikit sebanyak untuk bayar yuran kolej atau universiti.

Imej dari tuition.io
Biasanya, pelajar hanya boleh terima pinjaman kalau status kewangan keluarga tak cukup untuk bayar yuran. Kes sebegini termasuklah kalau ibu atau bapa pelajar tersebut yang masih hidup juga menerima Pencen Ilat, iaitu bila pasangan mereka meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat kerja.
Pinjaman pelajaran yang diberi tu meliputi yuran pendaftaran awal untuk semester pertama, yuran pengajian, yuran peperiksaan dan yuran makmal bagi setiap semester, dengan syarat yang jumlah kos pendidikan tak melebihi RM100,000. Dan PERKESO hanya akan luluskan pinjaman kalau agensi pendidikan lain dah tolak permohonan pinjaman pelajar tersebut.
Pelajar juga kena kekalkan prestasi akademik sepanjang kursus, sama la macam mana-mana biasiswa dan pinjaman lain. Kalau tak, pinjaman pendidikan dorang boleh digantung.
Lepas habis belajar, peminjam kena bayar balik pinjaman (termasuk kadar faedah sebanyak kira-kira 2%), sepanjang tempoh ansuran bergantung kepada berapa banyak yang dah dipinjam.

Bukan PERKESO je organisasi insurans yang memberikan wang pekerja jika mereka tercedera

Sesetangah pekerja mungkin kurang pasti pasal manfaat PERKESO ni masa diorang isi borang pendaftaran pekerja untuk pekerjaan baru. Harapnya, senarai ni dah jelaskan pasal manfaat yang pekerja Malaysia boleh terima bila berdaftar di bawah PERKESO.
Sebenarnya, bagus juga kerajaan wajibkan PERKESO untuk semua pekerja berdasarkan sumbangan atau manfaat yang kita dapat.
Disebabkan adanya PERKESO, ramai yang berjaya dibantu dengan jumlah sokongan kewangan yang diberikan kepada pekerja-pekerja pada 2016 mencecah RM2.9 bilion! Jadi, PERKESO tak hadkan sokongan kewangan untuk pekerja yang tercedera, sebaliknya memperluaskan lagi untuk pekerja yang bekerja sendiri, penganggur sementara waktu, dan juga pelajar.

Tapi rupa-rupanya, bukan semudah tu juga nak buat tuntutan ni

Kami ada terima beberapa pandangan pembaca yang berkongsi pengalaman diorang masa buat tuntutan dari PERKESO. Salah seorang daripada diorang dah berjaya dengan tuntutan diorang untuk dapatkan rawatan dialisis setiap bulan.
Malangnya, kebanyakan kes-kes lain yang lebih serius mendakwa,  PERKESO tak nak tampung kecederaan dan ketidakupayaan diorang.
Atas dasar ingin tahu, kami e-mel balik PERKESO untuk tanya permasalahan pengadu di page kami. Sejujurnya, ianya agak mengecewakan sebab potensi dan manfaat yang diorang kata ni tak sama macam apa yang semua orang harapkan.
Walaupun mungkin ada masalah untuk sistem baru ni, kitorang harap artikel ni dah terangkan hak yang korang ada dibawah caruman PERKESO. Kitorang juga berharap yang PERKESO boleh jawab persoalan dan permasalahan ni supaya orang lain pun tak kecewa bila diorang atau keluarga diorang nak buat tuntutan pada masa akan datang.

[UPDATE 24/5/2017]

PERKESO dah jawab e-mel kami dan terangkan kenapa sesetengah tuntutan telah ditolak. PERKESO bagitahu, orang yang diinsuranskan mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan supaya layak untuk membuat tuntutan di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Ilat.
Klik sini untuk tengok apa yang PERKESO balas.
Ini antara respon mereka:
Skim Kelayakan Bencana Pekerjaan 
  • Pekerja yang diinsuranskan mestilah membuat laporan polis mengenai kemalangan yang terlibat masa diorang masih menjadi seorang pekerja.
  • Jika kemalangan serius, faedah akan dibayar semasa cuti sakit yang disahkan oleh doktor selagi pekerja tidak dibayar oleh syarikat-syarikat mereka semasa cuti mereka.
Kelayakan Skim Ilat
  • Untuk melayakkan diri, pekerja yang kurang upaya mestilah berusia di bawah 60 tahun.
  • Kalau umur mereka melebihi 60 tahun masa bagi notis pada SOCSO, mereka perlu buktikan yang keuzuran mereka berlaku sebelum umur tersebut.
  • Pekerja mestilah memenuhi kuota sumbangan mereka. Jumlah sumbangan dalam PERKESO akan memberi kesan kepada jumlah yang dapat dituntut.
Secara AM
  • Tuntutan dihakimi oleh Lembaga Perubatan. Jika pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan tuntutan mereka, mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Doktor Rayuan.
“Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk dengan pejabat PERKESO yang terdekat.” – balas PERKESO
Ini adalah asas Terma & Syarat bagi Skim, tapi PERKESO akan menyediakan garis panduan yang lebih teknikal, dan mendalam bagi kes-kes yang berbeza apabila pekerja ingin membuat tuntutan.


1 comment: