Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Mungkin itulah yang sesuai diperkatakan untuk usahawan yang hebat ni.
Kitaorang yakin antara korang ni pasti dah biasa dengan nama-nama produk kesihatan dan kecantikan seperti Qu Puteh, Dnars skincare, Aurawhite, D’herbs, Dian’z, Dermax Superskin (DMS 360) dan macam-macam lagilah produk tempatan yang tengah meletup sekarang ni kat pasaran.
Dan ada jugak antara mereka ni siap sponsor event dan program realiti tv tu. Bila dah sponsor, mesti mereka dah betul-betul kukuh dan berjaya kan. Hmm tapi korang perasan tak yang tengah femes dan meningkat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan ni kebanyakkannya semua produk kecantikan je. Kenapa ye? Korang pernah terfikir tak?
Produk kecantikan laku sebab wanita mempunyai kuasa membeli yang tinggi
Menurut portal Usahawan.com, sebelum memerlukan perniagaan, korang kena tahu apa yang di niagakan, potensi perniagaan dan yang paling penting ialah berapa jumlah modal yang korang sanggup keluarkan. Dan majoriti orang yang berniaga ni pun turut menyediakan jualan secara online sebab pengguna sekarang ni kebanyakkan lebih suka beli barang secara online je. Senang dan tak perlu membazir masa keluar cari barang tu.
Menurut Usahawan.com lagi, kuasa membeli-belah sekarang ni dah didominasi oleh wanita! Wanita ni menggemarkan sesuatu yang boleh membuatkan mereka menjadi cantik – opkoslah, siapa yang tak nak cantik? Oleh sebab tu lah, ramai orang kat luar sana tu memilih untuk menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kosmetik sebab ia memang mendapat permintaan tinggi dipasaran Malaysia.
“Saya gemar melaram dan menjaga kecantikan diri sejak zaman remaja lagi dan turut mengamalkan petua kecantikan daripada nenek-moyang.” – Faziani Rohban Ahmad, pengusaha Dnars Skincare. Dipetik dari Sinar Harian.
Menurut akhbar Sinar Harian, beliau turut bekerja di dalam bidang kecantikan bia dah abis belajar tu. Dalam tempoh 12 tahun lepas tu, beliau masih gigih kejar minat dan impian dengan ceburkan diri dalam bidang jual produk kosmetik dan buka salon sendiri pulak. Tapi macam mana mereka boleh dapat keyakinan masa memula nak mula bisnes tu? Atau mereka belajar dengan menjual barang-barang kosmetik orang lain?
Ada yang mula dengan berniaga produk orang lain (jadi dropship)
Nurul Diana pengasas Dianz. Imej dari Facebook Nurul Diana
Korang kenal tak Nurul Diana atau lebih dikenali sebagai Dian Pixy? Haa dia ni sebenarnya pengasas kosmetik dan kecantikan jenama Dian’z. Kalau korang nak tahu, umur dia sekarang ni baru 24 tahun tapi dah ada produk sendiri dan sales bulanan yang dia dapat dah melebihi RM1 juta!
Tapi apa yang buat kami rasa kagum dengan dia ni adalah, waktu dia tengah belajar kat Politeknik, dia dah mula jual barang secara online. Dia mula dengan jual produk kecantikan jenama Pixy walaupun time tu dia takde pun basic camne nak jual. Tapi diatas usaha dan keyakinan yang dia ada tu, dia peroleh kejayaan diatas jualan produk orang lain je.
“Saya bermula berniaga dengan menjual produk orang lain selama tiga tahun… bermula dengan dropship yang untung sekadar RM5…pendapatan bulan pertama saya masa tu RM500…” – Nurul Diana, pengasas Dian’z. Dipetik dari SifuBads.
Berdasarkan dari pengalaman Dian lagi, dalam tempoh setahun dia berniaga barang-barang online tu, dia dah boleh perolehi pendapatan sebulan sehingga RM10,000 dan time tu umur dia baru 20 tahun.
“Aku mula cipta produk sendiri selepas tiga tahun aku menjual online (produk orang lain). Dan income aku pernah mencapai RM15,000 sebulan.” – Nurul Diana, pengasas Dian’z. Dipetik dari Facebook miliknya.
Menurut Diana lagi, barang-barang online (produk orang) yang dia jual semuanya adalah barang-barang kosmetik dan kecantikan. Daripada jual barang-barang produk orang lain tu lah, dia dah mula terpikir untuk keluarkan produknya sendiri. Tapi macam mana mereka ni boleh berjaya hasilkan produk kecantikan sendiri? Tak rumit ke proses nak hasilkan produk tu sendiri?
Sebenarnya nak keluarkan produk tak payah ada kilang dan makmal sendiri pun!
Pernah tak korang terfikir nak buat produk sendiri? Pernah tak korang terbayang yang produk korang tu akan berada kat seluruh Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia? Haaa kat sini kami nak kongsilah sikit apa yang kami jumpa masa tengah research pasal produk-produk kecantikan ni.
Masa-masa memula pun kami ingatkan nak buat produk sendiri ni susah sebab nak kena ada kilanglah, nak kena ada pekerja, nak kena buat ujian makmal, nak macam-macamlah. Tapi sebenarnya kan benda ni semua dah disediakan. So korang tak perlu dah nak runsing-runsing kepala, yang penting korang kena ada modal. Itu je!
Caranya, korang boleh dapatkan perkhidmatan dari kilang OEM. Apa tu OEM? Kat mana nak cari? OEM ialah Original Equipment Manufacturer.
Imej dari Kelantan Biotech
Ada banyak kilang OEM yang berstatuskan GMP/Halal/HACCP kat Malaysia. Antara yang kami jumpa waktu research kat Internet adalah:
- Kelantan Biotech Corporation
Kilangnya terletak kat Kelantan dan ia merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang dipengerusi oleh Menteri Besar Kelantan. Antara produk yang mereka tawarkan ialah produk penjagaan wajah, penjagaan diri dan penjagaan rambut. Mungkin sebab tu jugak kot ramai pengusaha kecantikan ni berasal dari Kelantan.
- Bio Chempro Industry
Kilangnya bertapak kat Batu Caves, Selangor dan ia hanya memfokuskan kepada produk kecantikan serta kesihatan dan ianya jugak merupakan 100% bumiputera.
Kilang Bio Chempro kat Batu Caves. Imej dari FB Bio Chempro
- Islamic Manufacturing Practic (IMP)
Kilangnya terletak kat Ampang, Kuala Lumpur. Antara produk-produk yang boleh dihasilkan oleh IMP ialah makanan, minuman dan kosmetik.
Kitaran proses pengeluaran produk penjenamaan sendiri oleh IMP:
Imej dari Islamic Manufacturing Practice
Apa yang menariknya dengan IMP ni ialah, ia mengamalkan standard pengeluaran produk-produk halalan thoyibban berdasarkan syarak yang telah berdaftar. Segala prosesnya jugak berdasarkan kaedah pengeluaran yang halal, bersih dan suci.
Malah seawal pagi lagi para pekerjanya disarankan untuk mengamalkan bacaan Asmaul Husna dan selawat Syifa sebelum memulakan pekerjaan. Disamping itu, ia jugak turut memberikan waktu kat pekerjanya untuk melakukan solat Dhuha. Dan mereka jugak sentiasa pastikan pekerja-pekerja semuanya berada dalam keadaan berwudhu semasa bekerja.
“…sepanjang bekerja, pekerja ni memang kena sentiasa berwudhu kerana dalam Islam berwudhu ni mendatangkan Rahmat… menambah keberkatan…” – Ustaz Ahmad Tajuddin, Pengasas IMP. Dipetik dari Islamic Manufacturing Practice.
Lepas dah settle urusan dengan kilang OEM, apa step seterusnya?
Bila dah settle, korang bukan hanya stop sampai sini je tau. Tapi korang kena cari pulak syarikat yang buat printing dan packaging kalau kilang OEM hanya fokus kat pengeluaran produk je.
Bila produk korang dah siap pack semua, korang kena pikirkan marketing pulak. Macam buat iklan kat majalah dan media sosial. Kalau korang ada modal lebih boleh iklan kan kat TV dan radio ke. Sebab tu kalau korang perasan pengusaha yang berjaya ni semua buat marketing ‘kaw-kaw’ punye lah macam produk D’Herbs Terlajak Laris dan Qu Puteh tu!
Kalau tengok mereka yang dah berjaya menempah nama ni, macam best je. Bisnes pun berjalan lancar macam takde masalah je. Tapi tak kan mereka tak pernah alami rintangan dan cabaran dalam bisness ni?
Persediaan fizikal dan mental dalam perniagaan
Setiap benda yang korang nak buat pasti akan ada halangan dan rintangannya. Tapi korang kena sabar dan harus mempunyai strategi untuk hadapinya, macam tu jugak yang dilalui oleh para pengusaha yang dah berjaya dan terkenal sekarang ni!
Ok menurut pengalaman pengasas bagi produk jenama Dermax Superskin (DMS) ni, beliau dulu hanyalah seorang jurujual je tapi kini dah jadi jutawan kosmetik! Dan sebelum beliau terkenal macam sekarang ni, dulu pun beliau pernah bukak syarikat kosmetik lain bersama rakan kongsinya namun perniagaannya itu gagal di tengah jalan dan akhirnya syarikat kosmetiknya tu terpaksa tutup. Tapi, beliau tak pernah putus asa pun untuk terus memajukan dirinya sehinggalah beliau kembali membuka semula syarikat kosmetik sendiri pada tahun 2012 yang dikenali sebagai DMS dan kini jualan setahun produknya mencecah RM20juta!
Macam tu jugak dengan kes Diana, pengasas bagi produk Dian’z. Berdasarkan cerita beliau, masa memula beliau berniaga produk sendiri, beliau turut mengalami kerugian. Produk yang dihasilkan tak dapat sambutan dan akhirnya terpaksa buang macam tu je sebab dah berkulat. Tapi siapa sangka kini produknya dah mula dikenali dan jualannya jugak dah meningkat di atas pengalaman dan ilmu mengenai marketing yang dipelajarinya.
“Tapi aku tak putus asa, selepas dianz vitamin jatuh, aku dengan beraninya keluarkan floral mask masker purple yang pertama kat Malaysia dengan berbekalkan saving ASB pada hujung 2013.” -Nurul Diana, pengasas Dian’z. Dipetik dari Facebook.
So sebenarnya korang pun boleh je nak berjaya macam pengusaha-pengusaha kecantikan yang dah ada kat Malaysia sekarang ni. Yang penting korang ada modal dan tahu caranya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kat korang dan lebih memberi semangat serta motivasi kat korang yang tengah plan nak buat bisnes!
Selamat maju jaya dari team SOSCILI!
Sumber : https://soscili.my/cara-buat-produk-kecantikan-sendiri/
Artikel yang memberi manfaat, bagus.
ReplyDeleteOneip