Wednesday, 14 June 2017

Pengawal Keselamatan Berlagak Seperti Samseng - Jurujual ASTRO

Kebelakangan ini, banyak kes ala samseng melibatkan umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Dua minggu lepas, tular video menunjukkan seorang wanita Melayu bertindak mengetuk pintu cermin kereta dan membaling selipar berpunca kerana berebut parkir di bazar ramadan.

Tidak lama selepas kejadian itu, Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP yang turun ke bazar ramadan untuk mengagihkan sumbangan buah kurma telah dihalau oleh beberapa pemuda Melayu. Kedua-dua kejadian memalukan ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Terbaru, seorang pekerja Astro mendakwa telah dilayan secara kasar oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah flat. Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hafizie berkongsi kekesalannya kerana tidak menyangka pengawal keselamatan langsung tidak beradab. 













Seharusnya, kita sebagai umat Islam perlu menjaga perlakuan dan tutur kata lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Janganlah hanya menahan lapar sahaja kerana ibadah puasa juga menuntut kita untuk menahan nafsu serta amarah. 

Semoga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua. - CARI

No comments:

Post a Comment